Jumat, 14 Maret 2014

Browse » home» » » » » » 9 Sultan Sulu Berebut Takhta

9 Sultan Sulu Berebut Takhta


Sulu: Di sebalik isu Sabah, orang ramai perlu diberitahu setakat ini sembilan orang mendakwa berhak menjadi ketua dalam Kesultanan Sulu.

Semua mereka adalah saudara-mara Sultan Sulu yang kemudian dikenali sebagai Sultan Sulu dan Sabah.

The Manila Times melaporkan, Sultan Sulu sebenar ialah Muhammad Fuad Abdulla Kiram I atau dikenali dengan nama yang lebih ringkas sebagai Sultan Fuad Kiram.
 
Menurut penulis rencana itu, Julmunir Jannaral, hujah asas yang digunakan menentukan pewaris sebenar Kesultanan Sulu ialah Undang-Undang Waris kerajaan itu.
 
“Menurut undang-undang itu, hanya seseorang yang mempunyai pertalian langsung dengan sultan boleh mewarisi semua gelaran, harta, hak tanggungjawab dan kelebihan seorang sultan,” katanya.- 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar